Feb 20, 2013

main kasar

Main kasar.

Makin dibiarkan makin kasar. Lagak tak ubah macam orang gasar.

Apa kau rasa main kasar buat kau nampak kacak?

Datang tidak diundang. Pergi tidak dilarang. Datang tiba - tiba.
Rapat - rapat. Betul - betul di depan mata kepala aku.
Perguna 'property' aku tanpa permisi aku.

Kau fikir aku mampu nak menghadap semua?
Kau fikir aku mampu nak menghadap satu - satu revolusi yang engkau bawa?
Cuba kau jawab.

Tak boleh, bukan?

Aku selesa dengan jalan yang aku tuju.
Dikurnia Iman, Islam dan Itu.
Dan jalanku hanya satu. Kerana Tuhanku.

Beginilah aku.

Jangan tanya kenapa aku memilih untuk berada disini.
Kerana aku tak memilih untuk berada di sana.

Sebab?
Hanya Pencipta aku yang tahu. Senyum.




1 comment:

MarnieyZ said...

semua ada hikmah nya. stay strong~